Tidak banyak fossil Miacids dijumpai tetapi berdasarkan fossil yang dijumpai, Miacids dipercayai merupakan mamalia berkaki empat. Miacids mempunyai 44 gigi termasuk gigi khas untuk mengoyakkan daging, mempunyai badan yang panjang, berekor panjang, mempunyai bahu dan siku yang dapat melentur, dengan anggota kaki yang pendek. Miacids beransur-ansur berubah selama 60 juta tahun untuk menghasilkan beratus-ratus cabang keturunan termasuk anjing, beruang, anjing laut, weasels, stoats, dan sebagainya.
Dua sub-order utama dari keturunan Miacids adalah Fissipeda (kaki terbelah) yang termasuk weasel, cemperlai, anjing, hyenas, kucing; dan Pinnipeda ("mempunyai kaki pendayung") yang termasuk singa laut, anjing laut, dan singa laut(walruses). Di antara Fissipeda termasuk 37 spesies kucing besar (big cats) yang terdapat pada masa sekarang, termasuk harimau (Panthera tigris ).
Fosil harimau yang hidup pada akhir zaman Pliocene / zaman Pleistocene telah ditemukan di kawasan timur Asia di China dan Siberia, dan dari situ harimau dipercayai bergerak kepada dua arah. Harimau yang bergerak melalui hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya menjadi harimau Caspian. Harimau yang bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebagian ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987).
Terdapat lima sub-spesies harimau dalam Genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal delapan sub-spesies harimau modern. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap punah secara resmi. Sub-spesies harimau yang diketahui adalah seperti berikut:-
1. Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kamboja, China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.
2. Harimau Bengal (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh, Bhutan, China, India, dan Nepal.
3. Harimau Cina Selatan (/amoy) (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat China.
4. Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Russia.
5. Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) - yang tinggal hanya di kepulauan Sumatera, Indonesia.
6. Harimau Caspian (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afganistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Russia.
7. Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.
8. Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia.
Dalam kebudayaan Asia, harimau merupakan simbol kekuasaan dan keberanian dan pernah digunakan sebagai petanda (yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman bunuh). Terdakwa akan dikurung bersama harimau untuk dibunuh. Hanya kaum bangsawan dibenarkan memburu harimau dan mereka telah mendirikan kawasan perburuan yang luas. Bagi bangsa Melayu pula, harimau dikaitkan dengan keberanian dan ketangkasan.
Dalam agama Hindu, dewa Durga digambarkan menunggang harimau serta memakai kulit harimau menunjukkan peranannya sebagai pemusnah. Dalam ugama Buddha, pengikut Buddha menaiki harimau untuk menunjukkan keupayaan mereka mengalahkan kuasa jahat. Harimau dipuja sebagai dewa dikalangan penduduk hutan di India dan banyak kuil dan berhala didirikan untuk memuja harimau. Di Sumatera pula, harimau dipercayai memberi pembalasan kepada mereka yang berdosa. Terdapat juga kepercayaan mengenai manusia yang dapat menjelma menjadi harimau jadian atau memelihara harimau jadian untuk maksud tertentu.
Harimau telah digambarkan dalam hasil seni Wangsa Shang Cina semenjak 1700 hingga 1050 B.C. Orang-orang Shang percaya bahawa harimau merupakan utusan antara alam manusia dengan alam roh. Dalam Wangsa berikut, termasuk Wangsa Zhou 1050 hingg 221 B.C. harimau digambarkan dengan lebih nyata dengan bahu harimau yang penuh berotot, lengan dengan kuku yang panjang, dan kepala yang mempunyai taring yang mengancam. Lagenda harimau mengagumkan generasi berikutnya dan gambaran harimau diletakkan dimakam untuk menghalau roh jahat dan menjaga roh si mati. Lukisan harimau tidur berhampiran sami Buddha sebagai simbol kekuasaan Buddha ke atas kuasa alam dan binatang buas. Pada abad ke 20, artis China melukis gambaran harimau sebagai simbol kebangsaan. Harimau merupakan spesies terbesar dalam keluarga kucing, melebihi ukuran singa, jaguar, cheetah, ataupun harimau bintang.
Harimau juga merupakan hewan pemangsa terbesar dalam keluarga harimau (big cats). Harimau sub-spesies Siberia adalah harimau terbesar, sementara harimau sub-spesies Sumatera adalah harimau terkecil. Harimau jantan juga mempunyai ukuran badan yang lebih besar daripada harimau betina. Harimau memburu dengan diam-diam dan tangkas, kebolehannya untuk menyelip dan muncul secara tiba-tiba untuk menyerang mangsanya adalah satu kebolehan yang amat luar-biasa apabila melihat ukuran tubuhnya yang besar dengan berat badannya itu. Ini menjadikan harimau dianggap mempunyai kuasa mistik dan penuh misteri. Bentuk tubuh harimau diduga melalui proses evolusi sebagai hewan pemangsa untuk memburu mangsa yang besar. Kaki belakangnya lebih panjang daripada kaki depannya untuk memberikan kelebihan kepada harimau untuk menerkam sampai jarak 9 meter (30 kaki) dengan sekali lompatan untuk menangkap mangsanya. Bagian depan dan bahunya mempunyai otot yang tebal. Telapak kakinya dilengkapi dengan kuku panjang yang dapat ditarik masuk dan keluar. Kemampuan ini menyebabkan harimau dapat bergerak dengan diam-diam tetapi pada waktu yang sama mampu mencakar atau mencekam mangsa dengan kuat. Rahang harimau yang lebih pendek dibanding keluarga harimau lain memberikan kekuatan tambahan kepada rahang harimau.